Marijuana atau dalam bahasa kita ganja baru-baru ini menjadi bualan apabila ada usul untuk ‘menghalalkan’ penggunaan ganja di Malaysia. Advertisement Tetapi timbalan menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menegaskan ganja tetap dadah dan ianya berada di bawah akta dadah berbahaya. Persoalan di sini, berapa lama kesan ganja akan berada di dalam badan kita? Kesan ‘high’ kerana menghisap ganja hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja (dalam 6 jam jika ianya dimakan), tetapi kesan tetrahydrocannabinol atau THC kekal di dalam badan pengguna dengan lebih lama. Ganja boleh dikesan melalui ujian darah dan air kencing. Jika disedut, ganja akan masuk ke sistem darah melalui alveoli pada paru-paru. Jika ganja dimakan (biasanya dalam bentuk brownies), hati akan menukar THC ini kepada non-psychoactive marijuana metabolites, di mana ianya akan berlegar dalam badan dan disimpan dalam tisu lemak. Ada metabolit THC yang cuma berada dalam badan selama 20 jam dan ada metabolit seperti...